Langkau ke kandungan
Pengurusan Pusaka

Kos Urus Pusaka

Anggarkan kos pentadbiran harta pusaka mengikut saluran — fi rasmi, kos guaman dan kos sampingan seperti carian hakmilik dan pendaftaran pindah milik.

Bayaran perintah JKPTG: percuma bagi nilai RM50,000 ke bawah; 0.2% bagi RM50,001 ke atas.

RM 0.00

Kos sampingan (boleh diedit)

Sijil carian rasmi tanah, salinan geran, sijil mati.

JPPH nominal bagi pusaka kecil; penilai swasta RM1,000 – RM5,000 bagi hartanah.

Pindah milik pusaka kepada waris dikenakan duti setem nominal sahaja.

Notis akhbar RM300 – RM800 jika diperlukan; afidavit & terjemahan dokumen tambahan.

Fi saluran RM 0.00
Jumlah kos sampingan RM 0.00
Anggaran jumlah kos urus pusaka RM 0.00

Saluran mana yang betul?

  • Pusaka Kecil (JKPTG) — nilai harta tidak melebihi RM5 juta dan ada sekurang-kurangnya satu harta tak alih (tanah/rumah). Paling murah; waris boleh memohon sendiri tanpa peguam.
  • Amanah Raya — harta alih sahaja (wang, KWSP, saham, kenderaan) bernilai tidak melebihi RM600,000. Fi ikut jadual berperingkat.
  • Mahkamah Tinggi — nilai melebihi RM5 juta, ada wasiat (probet) atau kes rumit/pertikaian. Memerlukan peguam; kos paling tinggi.

Nota penting

  • Kos pentadbiran pusaka boleh dibiayai daripada harta pusaka dengan persetujuan waris, kerana ia untuk maslahah semua waris (rujuk AL-KAFI #1472, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
  • Pindah milik harta pusaka kepada waris dikecualikan duti setem biasa — hanya duti nominal dikenakan.
  • Semua angka adalah anggaran; kadar sebenar tertakluk kepada jadual rasmi JKPTG / Amanah Raya / mahkamah semasa.
  • Untuk rujukan sahaja. Bagi kes khusus, rujuk pejabat mufti / Amanah Raya / pentadbir pusaka.

Mahu waris anda dibantu sepenuhnya melalui proses ini — tanpa kos kepada mereka?

Al-Wasitah (Wasiyyah Shoppe Berhad) menguruskan tuntutan pusaka untuk waris pelanggan secara percuma, dari serendah RM65 sebulan.

Ketahui lanjut tentang Al-Wasitah →
Lapor kesilapan
Beritahu kami jika anda nampak silap kiraan, ejaan atau maklumat yang tidak tepat. Ia sangat membantu kami memperbaik eFaraid.
Apakah kesilapan yang anda nampak?
Nama (pilihan)
E-mel (pilihan)